top of page

Anwar kongsi kesedihan pemergian Allahyarham Sulaiman



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi rasa sedih di atas pemergian bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam.


Perdana Menteri berkata Allahyarhan Sulaiman bukan hanya seorang peguam malah seorang sahabat yang akrab semasa beliau dan keluarganya menghadapi pahit getir perjuangaan.


"Beliau tidak hanya seorang peguam malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir.


"Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau amat terkesan menerima berita sedih itu tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja.


"Mendoakan keluarganya (Allahyarham Sulaiman) diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan ruh almarhum diberi tempat yang istimewa di sisi Allah SWT," katanya.


Terdahulu laporan menyebut anak Allahyarham, Huzir mengesahkan bapanya meninggal dunia pada petang Isnin dalam usia 77 tahun.


Sepanjang kerjayanya, Sulaiman terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk menjadi peguambela perbicaraan kes melibatkan Anwar dan peguam pendakwaan untuk kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta krisis perlembagaan Perak susulan penyingkiran Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.


Sulaiman pernah menjadi Setiausaha Badan Peguam Malaysia (1993-1995) dan Presiden Majlis Peguam (2000-2001).


Allahyarham meninggal dunia selepas dua tahun pemergian arwah isterinya Mehrun Siraj yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 29 Jun 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page