top of page

Anwar kekal aset utama KEADILAN, hayati perjuangan, kritik dengan berhikmah



Generasi kepimpinan muda dalam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) sewajarnya menghayati perjuangan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memantapkan parti menuju perjuangan panjang dan sengit di hadapan.


Hal itu diungkapkan dalam ucapan perasmian Kongres AMK oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


"Pemantapan organisasi harus bermula dengan menghormati struktur kepimpinan. Presiden kita saudara Anwar, susur galur perjuangannya wajib dibaca dan difahami oleh setiap anggota. Kenali watak ini dari perspektif KEADILAN.


"Peristiwa 1998 bermula penyingkirannya, dipukul separuh mati, dimalu dan dipenjara sendirian selama 11 tahun dalam penjara Sungai Buloh


"Menjadi watak pemersatu pembangkang namun kekal istiqamah sehingga kini berjuang bersama kita menegakkan reformasi dan keadilan.


"Cerita pengorbanannya cukup luar biasa. Saya mengajak kita semua, seluruh anggota KEADILAN, baca faham, tenung balik pemimpin kita ini. Ada kekuatan, kelemahan, dia bukan maksum. Tetapi apabila kita letak dia pemimpin nombor satu beri ketaatan kepada sosok pemimpin institusi presiden," katanya.


Bagaimanapun, menurut Saifuddin, menyanjung Anwar bukan bermakna beliau tidak boleh ditegur atau dikritik.


Malah katanya, Anwar merupakan insan yang terbuka kepada kritikan. Cuma teguran harus diberikan dengan cara yang penuh adab dan berhikmah.


"Presiden boleh ditegur, dikritik, diberi peringatan dan boleh dicabar jawatannya. Namun saya ingatkan, tegur presiden itu mengikut adab dan disiplin.


"Anwar yang saya kenali kerap bermesyuarat dan terbuka menerima pandangan. Sehingga bukan sahaja ditegur, dikritik, dihentam parti lawan, malah parti sahabat sehingga hari ini pun pernah membuat kritikan terbuka terhadap sosok beliau.


"Kadang kadang kita bermasam muka, kalah siri pilihan raya kerana lemahnya Pengerusi PH. Dia terima.


"Begitu terbuka manusia bernama saudara Anwar ini," katanya.


Justeru, sebagai pemimpin veteran, Saifuddin mengingatkan generasi muda dalam AMK agar terus mengamalkan disiplin tinggi dalam parti, termasuk menghormati hierarki kepimpinan dan memahami proses membuat keputusan parti.


"Pada ketika ini saya tampil atas nama merasmikan Kongres Angkatan Muda membawa ingatan kepada perwakilan dan kepimpinan muda, yang satu masa nanti akan ambil alih teraju kepimpinan parti.


"Peri pentingnya menghormati hierarki, keputusan parti, faham proses parti dalam membuat keputusan dan patuh bila keputusan dibuat," katanya lagi.


 
 

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page