top of page

Anwar & Jelajah Peduli AIC N.Sembilan Sumbang Ayam Segar ke 3000 Keluarga

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Jul 5, 2021
  • 1 min read

Jelajah Peduli Anwar Ibrahim Club (AIC) Negeri Sembilan kelmarin berjaya mengedar sumbangan ayam segar daripada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua Cabang di negeri berkenaan.




Menurut kenyataan AIC, sebanyak 3,000 ekor ayam segar telah diagihkan dengan kerjasama daripada setiap pimpinan dari setiap Cabang.


"Cabang dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan dari Seremban, Port Dickson, Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Rasah, Senawang, Jelebu dan Tampin mengedarkan ayam untuk mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.


"Semoga usaha bersama ini membawa keberkatan kepada semua," kata kenyataan berkenaan.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page