top of page

Anwar jadi pilihan utama netizen sebagai calon PM Malaysia


Di tengah-tengah kemerosotan populariti Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin menguruskan pandemik Covid 19, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih oleh netizen sebagai calon paling sesuai untuk diangkat sebagai PM Malaysia.


Hal itu berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Sinar Harian dan diumumkan semalam.


Dalam kajian tersebut, Anwar memperoleh peratusan tertinggi sebanyak 45.76% diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak 24.54%.


Sementara Mahiaddin menduduki tangga ketiga dengan 14.55% undian dan Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74%.


Menurut laporan Sinar Harian itu, dua calon lain mendapat undi terendah seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar sebanyak 4.57% dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disebut-sebut sebagai pengganti Mahiaddin dengan hanya memperoleh 3.89% undi


Lapor Sinar lagi, tinjauan pendapat itu melibatkan undian 1,207 netizen dalam talian di semua platform media Sinar Harian dengan enam calon pilihan dan keputusan diumumkan pada Wacana Sinar Live Edisi 269 bertajuk "PM9: Abah atau siapa?", semalam.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page