top of page

Anwar harap Bank Pembangunan Islam atasi marginalisasi umat Islam



Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan harapan agar Bank Pembangunan Islam (IsDB) akan dapat memainkan peranan untuk menangani masalah marginalisasi dan ketidaksamaan dalam kalangan umat Islam.


Perdana Menteri berkata, apabila isu tersebut dapat diatasi bank itu akan dilihat sebagai pemain yang mengagumkan bersama-sama dengan kerajaan yang berusaha untuk memulihkan ekonominya.


"Umat Islam masih merupakan kumpulan terbesar dari segi jumlah kawasan yang dilanda kemiskinan yang diabaikan.


"Selain usaha oleh kebanyakan kerajaan dan badan antarabangsa, IsDB mempunyai peranan penting untuk menangani isu ini," katanya ketika berucap pada sambutan Jubli Emas IsDB di Riyadh, Arau Saudi semalam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan, bank tersebut perlu mengambil peluang tersebut kerana masalah ketidaksamaan akan bertambah buruk sekali gus menyebabkan masalah marginalisasi dalam masyarakat Islam.


Beliau turut berharap konflik di Gaza dapat diselesaikan selepas berdepan dengan kekejaman Israel.


Ketika bank itu menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya, Anwar berkata pihaknya meletakkan keyakinan terhadap IsDB untuk terus maju terutama dengan terajui oleh kepimpinan muda yang baharu.


Malaysia menyertai IsDB pada 12 Ogos 1974 dengan langganan modal sebanyak 1.55 peratus bernilai ID868.18 juta (dinar Islam) atau bersamaan dengan satu hak cabutan khas Tabungan Kewangan Antarabangsa.


Bank Islam itu juga membiayai 166 projek di Malaysia bernilai AS$963.2 juta dengan 160 projek (AS$945.8 juta) telah siap manakala enam lagi projek (AS$17.4 juta) sedang dilaksanakan.


Perdana Menteri berada di Riyadh selama dua hari bermula Ahad bagi mengetuai delegasi Malaysia meninjau peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).


Hari ini Perdana Menteri dijadual menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan IsDB melibatkan kewangan Islam dan pasaran modal Islam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page