top of page

Anwar giat santuni penduduk Port Dickson


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson apabila sanggup menyantuni penduduk di kawasannya sepanjang hari.


Di sebelah pagi, beliau meluangkan masa bersama guru-guru besar Port Dickson sebelum menyerahkan peranti pintar kepada anak-anak kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.


"Saya tekankan keperluan untuk merangka program bagi meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di Port Dickson.


"Kita mesti bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan semua lapisan rakyat mendapat akses pendidikan yang berkualiti," katanya.


Beliau kemudian bertemu dengan jawatankuasa masjid dan surau bagi menyampaikan sumbangan Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadan.


"Sumbangan ini membolehkan pihak jawatankuasa masjid dan surau melaksanakan aktiviti kerohanian bersempena bulan yang mulia ini.


"Bantuan keperluan asas hasil inisiatif Tabung Makanan Pusat Khidmat Rakyat turut diberikan kepada pihak jawatankuasa masjid dan surau untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan dalam kariah mereka," katanya.


Selepas itu, beliau membuat pertemuan dengan anak-anak yatim Port Dickson sejurus selesai solat Zuhur di Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang.


"Alhamdulillah, dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka, dan ia sedikit sebanyak akan menceriakan mereka.


"Semoga anak-anak ini terus diberkati dan dirahmati Allah," katanya.

Di samping itu, beliau turut melawat Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson bagi menyerahkan barangan dan kelengkapan pejabat.


"Kerusi bankuet, kipas, kerusi roda, dan rak dokumen untuk kegunaan mereka telah selesai diserahkan hari ini.


"Semoga mereka terus komited dan bersemangat menjalankan amanah dan tanggungjawab," katanya.

Bukan itu sahaja, Anwar turut memenuhi undangan Ehsan Group of Companies semata-mata untuk bertemu golongan asnaf dan warga emas Parlimen Port Dickson.


"300 penerima dari Parlimen Port Dickson menerima bantuan berupa barangan keperluan asas serta duit raya.


"Bersama kita tingkatkan keprihatinan, kebersamaan dan silaturahmi di bulan Ramadan ini," katanya.

Beliau mengakhiri jelajahnya di Port Dickson dengan menyampaikan sumbangan Bakul Makanan Teluk Kemang di Ancasa Residences Port Dickson.


"Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan saat ini, Insya-Allah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page