top of page

Anwar dan Jalan Panjang Gerakan Islam, Bukan Setahun Dua Bersama Ulama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 3 min read

Foto kenangan sebagai bukti DS Anwar begitu akrab dengan ulama tidak mengira aliran pemikiran
Foto kenangan sebagai bukti DS Anwar begitu akrab dengan ulama tidak mengira aliran pemikiran

Oleh: Mohd Hisyamuddin Ghazali (Syam Ghaz)


ULASAN: Selamat hari lahir pejuang gerakan Islam Anwar Ibrahim.


“Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.”

— Riwayat Abu Dawud (no. 4344), al-Tirmizi (2174), Ibn Majah (4011)


Dari dahulu, bukan baru hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim hidup di tengah-tengah alim ulama haraki dan pemimpin gerakan Islam.


Bukan sekadar selepas jadi Perdana Menteri tetapi sejak awal perjuangannya di kampus, di medan dakwah ABIM, hingga bergaul rapat dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin di Malaysia.


Antara yang paling dekat di hatinya — Almarhum Tuan Guru Ustaz Yahya Othman, tokoh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin di Malaysia, naqib usrah kami, murabbi yang mengasuh generasi pemuda dakwah. Seorang yang memikul warisan tarbiyah Hassan al-Banna ke bumi ini, dan akrab dengan Anwar Ibrahim sejak zaman awal kebangkitan dakwah.


Saya saksi hidup. Gambar ini (di atas) — sekitar 2007 atau 2008 — di rumah arwah Ustaz Yahya Othman. Saya ada di situ, kamera di tangan, merakam momen guru dan murid. Alhamdulillah doa arwah menjadi kenyataan, PMX kini memimpin negara.


Arwah Ustaz Yahya Othman bukan sekadar naqib usrah kami, beliau adalah Murabbi Pas Pusat, bekas pimpinan ABIM bersama Anwar, dan antara penggerak awal jaringan Ikhwan di Malaysia.


Gerakan Islam, saf kukuh, tidak berpecah


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

— Surah As-Saff (61:4)


Ayat ini bukan sekadar slogan, tetapi prinsip hidup gerakan Islam — saf yang kukuh, disiplin, dan tidak berpecah. Inilah yang dihidupkan oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Yahya Othman, Ustaz Fadzil Noor, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penuis - Mohd Hisyamuddin Ghazali
Penuis - Mohd Hisyamuddin Ghazali

Saya sendiri kembali ke Kelantan pada tahun 2005, dipanggil berkhidmat di Pusat Kajian Strategik di bawah Tuan Guru Nik Aziz selepas tamat pengajian.


Saya menyaksikan bagaimana beliau, bersama Husam Musa di Kelantan, menjadi benteng mempertahankan Anwar Ibrahim ketika beliau dipenjarakan. Begitu juga di peringkat nasional, arwah Ustaz Fadzil Noor berdiri teguh membela Anwar di saat ramai memilih diam.


Prinsip perjuangan ini seiring dengan pesan Imam Hasan al-Banna dalam risalah Our Message (ms. 72, terjemahan Charles Wendell, Five Tracts of Hasan al-Banna):


“Kami ingin umat kami mengetahui — dan seluruh umat Islam adalah umat kami — bahawa misi Ikhwanul Muslimin adalah murni dan tidak tercemar. Ia telah mencapai darjat kemurnian yang begitu tinggi sehingga melampaui batas keinginan peribadi semata-mata; ia memandang rendah keuntungan material, meninggalkan segala dorongan dan tujuan yang bersifat mementingkan diri, dan terus maju di atas jalan yang telah ditentukan oleh al-Haqq (Allah Yang Maha Benar, Maha Mulia lagi Maha Tinggi).”


Hubungan dibina atas dasar tarbiyah


Inilah yang mengikat Anwar Ibrahim dengan gerakan Islam sejak dahulu. Sebuah hubungan yang dibina atas dasar tarbiyah, ukhuwah, dan jihad kebenaran — bukan hubungan kosmetik demi politik semata.


Hari ini, ada yang cuba menggambarkan seolah-olah PMX baru belajar rapat dengan gerakan Islam sejak setahun dua.


Hakikatnya, sejarah membuktikan, beliau sudah lama berada di tengah saf itu — saf yang tersusun kukuh, saf yang dibentuk oleh para murabbi dan pejuang dakwah sejak puluhan tahun lalu.


Selamat Hari Lahir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Semoga Allah terus mengekalkan tuan di atas jalan ini — jalan yang pernah dilalui guru-guru kita, dari Hassan al-Banna di Mesir, ke Ustaz Yahya Othman di Malaysia, hingga ke medan kepimpinan negara hari ini.


Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah Ustaz Yahya Othman, arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan arwah Ustaz Fadzil Noor.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page