top of page

Anwar anggap ROS diperalat nafikan pendaftaran parti Pejuang, Muda

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jan 7, 2021
  • 1 min read

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan kerajaan yang dilihat mempergunakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menghalang parti Pejuang dan Muda daripada didaftarkan secara rasmi.


Presiden KEADILAN itu berkata setiap individu mempunyai hak untuk berpersatuan, sama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Keputusan ROS untuk menafikan pendaftaran Pejuang dan Muda tidak dapat diterima sama sekali.


"Hak berkaitan ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu kita menggesa ROS untuk menyatakan apa alasan serta hujah yang kukuh mengapa parti-parti ini dinafikan pendaftarannya," katanya.


Anwar juga berpendapat bahawa ROS tidak sepatutnya diperalatkan untuk memenuhi agenda peribadi parti pemerintah yang menerajui kerajaan ketika ini.


"Pejabat pendaftar bukan perkakas politik bagi pihak yang di dalam kerajaan untuk diperalat sesuka hati demi agenda mereka.


"Ketelusan dan kebertanggungjawaban mesti ditegakkan agar para kakitangan jabatan pendaftar tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dan setiap tindakan dan keputusan mereka wajar dipersoalkan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page