top of page

Anjak PRN Sarawak kepada 2 Januari 2022 - KEADILAN Sarawak



KEADILAN Negeri Sarawak kesal dengan pentadbiran Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg yang inginkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan sebelum berakhirnya tahun 2021.


Menurut Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, pembatalan Proklamasi Darurat Sarawak 2021 dan Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Sarawak 2021 pada 3 November lalu oleh Yang di-Pertuan Agong atas permintaan Kerajaan Sarawak tidak seharusnya berlaku.


Kata mereka, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepatutnya menunggu sehingga darurat tamat tempoh 6 bulan, pada 2 Februari 2022.


Oleh itu, MPN Sarawak menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunda PRN sehingga genap 60 hari sebagaimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan Sarawak.


"Dengan pembubaran Darurat pada 3 November tersebut, PRN Sarawak perlu diadakan dalam masa 60 hari iaitu sehingga 2 Januari 2022 menurut Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sarawak.


"Maka dalam mesyuarat tergempar secara zoom MPN Sarawak pada 5 November lalu, semua ahli mesyuarat bersetuju untuk meminta SPR menetapkan tarikh PRN sejauh mungkin di dalam tempoh 60 hari, iaitu pada 2 Januari 2022.


"Ini penting kerana KEADILAN Sarawak berpendirian pada tarikh ini sahaja yang memberi keadilan kepada semua pihak termasuk parti-parti yang bertanding (membuat persiapan) dan memberi peluang kepada Undi 18 mengundi.


"Selain itu data kematian akibat Covid-19 juga menunjukkan Sarawak tertinggi di Malaysia. Tarikh yang paling lambat ini boleh digunapakai untuk memberi keadilan kepada semua dari segi tarikh dan hak mengundi anak muda berumur 18 – 21 tahun serta pengundi berdaftar secara otomatik," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, data rasmi kematian akibat Covid 19 di Sarawak pada 5 Mei 2021 adalah yang tertinggi di Malaysia dan masih membimbangkan jika SPR mengadakan PRN dalam masa terdekat.


Tambah mereka, tidak salah sekiranya PRN dibuat sehingga keadaan pandemik benar-benar terkawal dan memastikan rakyat tidak terbunuh akibat 'percaturan politik'.


"Darurat sebenarnya masih berbaki 3 bulan sehingga 2 Februari 2022. Oleh sebab itulah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginga Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan perasaan agak keberatan dan gusar hati seperti di dalam Kenyataan Media Istana Negara pada 3 November lalu untuk memberi perkenan pembatalan Proklamasi Darurat Sarawak.


"Hal ini kerana Covid-19 masih tinggi per sejuta penduduk di Sarawak. Malah kematian Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing akibat Covid 19 juga mendapat perhatian mesyuarat, di mana semua ahli mesyuarat sebulat suara berasa sedih dan terkilan serta mengecam tindakan Kerajaan Sarawak yang diketuai Abang Johari membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan memohon pembatalan Darurat daripada Yang diPertuan Agong pada 2 November, serta mewartakan pembubaran pada hari yang sama dengan tarikh pemberian penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri James


"Kalau orang nombor 2 dalam Kerajaan dan ahli keluarganya pun mereka tidak hormat, apakah jaminan Kerajaan GPS menghormati rakyat bawahan? Sepatutnya berilah ruang kepada keluarga mendiang untuk bertenang akibat kesedihan di atas pemergian James Masing," kata mereka.


Bagaimanapun, MPN Sarawak berkata perkara utama adalah memastikan Undi 18 diikutsertakan dalam PRN kali ini kerana tidak wajar kerajaan negeri dan SPR memaksa anak muda menunggu 5 tahun lagi untuk mengundi sedangkan mereka boleh mengundi jika PRN dilewatkan dalam tempoh beberapa minggu.


"Seperti yang dikatakan oleh Menteri Undang-undang Datuk Seri Dr. Wan Junaidi bahawa Undi-18 akan berkuatkuasa selepas 31 Disember, 2021.


"Justeru, KEADILAN Sarawak melalui mesyuaratnya menggesa agar SPR menetapkan tarikh PRN Sarawak pada 2 Januari 2022," kata mereka lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page