top of page

Angkat nama Bahasa Malaysia tarik penutur bukan Melayu



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak menyarankan penggunaan nama Bahasa Malaysia diangkat secara rasmi bagi mengantikan penggunaan nama Bahasa Melayu.


Menerusi satu kenyataan, cadangan gelaran Bahasa Malaysia itu wajar dibuat memandangkan faktor dialek tempatan banyak mempengaruhi pembendaharaan kata bahasa kebangsaan tersebut.


"Ada banyak bahasa Melayu di Malaysia seperti bahasa Melayu yang digunakan di Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.


"Kenapa Bahasa Malaysia bukannya Bahasa Melayu?


"Sementara Bahasa Melayu ialah teras bahasa Malaysia, ada juga istilah atau perkataan yang diterima-pakai daripada bahasa daerah atau kaum serumpun dan bahasa asing oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengisi kelompongan bahasa atau istilah dalam bahasa Melayu," katanya.


Selain itu dari aspek penggunaan nama Bahasa Malaysia, katanya, orang bukan Melayu akan turut berminat dan bersemangat untuk menguasainya dari segi pertuturan, penulisan, pendidikan dan perniagaan kerana ianya bahasa untuk semua rakyat Malaysia.

"Setelah bertahun-tahun mewajibkan pembelajaran matapelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah dan penggunaannya sebagai bahasa rasmi di semua peringkat jabatan Kerajaan, perundangan, kementerian, kehakiman dan semua peringkat masyarakat, semua pihak patut menerima bahasa Melayu yang dikawal-selia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Bahasa Malaysia.


"Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dan rakyat untuk bekerjasama memartabatkan Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia ialah bahasa semua rakyat Malaysia. Ini suatu kontrak sosial rakyat Malaysia," ujarnya lagi.


Justeru, tambah kenyataan itu, KEADILAN Sarawak konsisten memperjuangkan martabat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengabaikan bahasa asing sebagai sebagai perantaraan antatabangsa yang di seluruh dunia.


Jelasnya, Majlis Pimpinan Negeri Sarawak yakin pemantapan bahasa kebangsaan itu akan mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa (nation building) berteraskan satu bahasa kebangsaan untuk bangsa Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page