Angkat martabat negeri Johor untuk keselesaan rakyat - Anwar



Nasib bangsa Johor telah 'terbenam' sejak sekilan lama sewaktu pemerintahan 60 tahun Umno-BN.


Biar pun negeri itu ketiga termaju di Malaysia namun masih banyak kawasan yang mana rakyatnya miskin dan hidup tidak terbela serta menyeberang ke Singapura mencari perkerjaan.


Hal itu, menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku kerana berlakunya ketirisan dalam pentadbiran kerajaan yang lalu sehingga rakyat marhaen tidak terbela.


"Apa yang berlaku sekarang ialah tak ada sistem yang mengawal ketelanjuran dan rasuah yang kita warisi puluhan tahun. Sistem dan rasuah menjadi sistemik kepada institusi. Tak terlepas dari kecurigaan dan penyelewengan. Baca laporan ketua audit negara sejak puluhan tahun lalu, berlaku ketirisan.


"Politik itu (dipandang rakyat) tidak lain perebutan kuasa golongan elit memunggah kekayaan dan tidak berani menentang kezaliman dan rasuah. Kita harus melihat ini satu kewajaran.


"Tidak aneh kalau rakan rakan mengatakan 'Johor bangkit mencari maruah'. Maruah ini satu yang sangat asasi kepada urustadbir baik. Bila kerajaan hilang maruah dan martabatnya, maka tidak mungkin kita dapat mengangkat martabat kemanusiaan," katanya dalam ucapan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH bersama Muda di Pulai Spring Resort.


Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga mengungkapkan sekiranya PH + Muda diberi mandat maka satu pendekatan ekonomi baharu mungkin boleh dirangka dengan melibatkan Singapura secara lebih aktif dalam membawa pelaburan memajukan kawasan terpinggir di Johor.


"Kita patut membina satu sistem kenegaraan Johor yang boleh menghidupkan sinergi yang kuat, memperkuatkan ekonomi Singapura-Riau-Batam umpamanya.


"Ini tidak berlaku di Johor hari ini kerana kepimpinan negeri tidak berupaya memikir luar daripada kerangka yang sedia ada.


"Untuk apa kita angkat matrtabat negeri Johor ini? Untuk keselesaan rakyat. Untuk waktu kini tidak boleh kita harapkan apa apa selebihnya daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.


Seterusnya Anwar melancarkan jentera Pilihan Raya PH yang buat julung kalinya disertai Muda yang diharap dapat meningkatkan penyertaan anak muda dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER