top of page

ANGKASA Selangor teroka hubungan strategik bersama INSKEN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 20
  • 2 min read

Mustaffa Kamil (berbaju merah) menyambut ketibaan wakil ANGKASA Selangor
Mustaffa Kamil (berbaju merah) menyambut ketibaan wakil ANGKASA Selangor

Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Selangor diketuai Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah baru baru ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), Mustaffa Kamil Ayub di ibu pejabat agensi berkenaan.


Menurut satu kenyataan, kunjungan itu bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara ANGKASA Selangor dan INSKEN, di samping mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi serta hala tuju pembangunan keusahawanan dilaksanakan INSKEN, khususnya melibatkan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi.


Mohd Alias dalam perbincangan berkenaan berkata, fokus utama ANGKASA Selangor adalah bagi meneroka peluang kerjasama strategik antara koperasi itu dan INSKEN dalam usaha mempertingkatkan keupayaan dan daya saing koperasi-koperasi di Negeri Selangor.


Katanya, sokongan dalam bentuk modul latihan keusahawanan yang praktikal dan berstruktur daripada pihak INSKEN boleh membantu koperasi untuk lebih proaktif serta bersedia menghadapi cabaran perniagaan semasa.


Sementara itu, Pengerusi INSKEN, Mustaffa Kamil Ayub dalam pertemuan itu memberi penerangan berkenaan struktur organisasi dan fungsi serta sedikit latar belakang agensi tersebut.

Mustaffa memberikan penghargaan kepada Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah
Mustaffa memberikan penghargaan kepada Pengerusi ANGKASA Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah

"INSKEN merupakan singkatan kepada Institut Keusahawanan Negara, yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


"INSKEN ditubuhkan dengan mandat untuk membangunkan serta memperkasa usahawan melalui pelbagai program keusahawanan seperti Latihan dan bimbingan keusahawanan yang berstruktur.


"Pemantauan berterusan selepas latihan (coaching & mentoring), Program peningkatan kapasiti dan daya saing usahawan dan Penempatan latihan dalam industri. Golongan Sasaran bertumpu kepada Usahawan baharu yang mahu memulakan perniagaan, Usahawan sedia ada yang mahu berkembang dan Graduan atau belia yang ingin menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya," katanya.


Manakala, Nur Azmi Jalil, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA yang ikut serta dalam lawatan berkenaan menyatakan keyakinan melalui sokongan teknikal dan latihan praktikal yang ditawarkan oleh INSKEN, koperasi-koperasi di bawah naungan ANGKASA Selangor dapat memperkukuh struktur pengurusan dalaman, mempelbagaikan sumber pendapatan serta meningkatkan nilai perniagaan ke arah kelestarian.


Pandangan ini turut disokong oleh Wan Mohd Azeelan Adnan, Pengurus Besar Bahagian Perdagangan Komersial dan Dr Abd Rahim Abdul Rahman, Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Mesyuarat.


Perbincangan itu telah membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama antara sektor pembangunan keusahawanan dan koperasi, dan ia berpotensi dijadikan model kerjasama bersepadu yang boleh diperluas ke peringkat nasional.


Konjungan hormat turut disertai wakil JKAN Selango Prof. Dr Mansor Ahmad, Timbalan Pengerusi ANGKASA Selangor, Barisan Anggota JKAN , Prof. Madya Ts. Dr Saiful Farik Mat Yatin dan Che Al- Mahera Che Ibrahim serta kakitangan ANGKASA Selangor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page