top of page

Angka keluar mengundi di Gombak melampaui rekod pemilihan lalu



Angka keluar mengundi di cabang Gombak yang amat tinggi menyaksikan kesedaran anggota KEADILAN untuk memilih pemimpin yang berkualiti menerajui cabang berkenaan.


Menurut calon Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari, angka Pengundi Atas Talian yang mengundi mencecah 95% daripada yang berdaftar menunjukkan keterujaan anggota untuk memilih pemimpin di cabang berkenaan.


"Di Gombak kehadiran (undi fizikal) di bawah 700 pengundi. Namun begitu kita juga telah mencatatkan semalam lebih 2,100 pengundi atas talian menunaikan tanggungjawab. Maknanya hampir 95% daripada pengundi atas talian yang berdaftar.


"Dengan angka itu sahaja ia telah melampaui kehadiran sebelum ini pada 2018. Kita mencatat 1,300 pengundi sahaja waktu itu," katanya ketika melawat pusat pengundian di Dewan Beringin, Sri Gombak, petang tadi.


Ditanya mengenai suasana pertandingan dan berkempen, Menteri Besar Selangor itu berkata calon calon kali ini lebih matang dalam persaingan.


"Kedua pihak yang bertanding menunjukkan kematangan dalam berkempen dan mendapatkan pengundi masing masing.


"Persaingan telah berlaku beberapa kali dan kita lihat sesuatu yang sihat juga mengujakan anggota parti. Cuma setiap pihak harus berlapang dada dan memikirkan frame works yang lebih besar menuju pilihan raya umum selepas ini," katanya.


Amirudin juga menyuarakan keyakinan akan kembali menerajui cabang Gombak kerana prestasi pasukan beliau yang telah mengekalkan kerusi Parlimen Gombak serta 3 DUN di bawahnya sebagai milik Pakatan Harapan selama tiga penggal berturut turut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page