top of page

Angka jangkitan Covid 19 cecah sejuta, pencapaian kerajaan PN?


Angka jangkitan Covid 19 secara keseluruhan telah mencecah 1 juta kes, semalam.


Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, rekod sejuta kes tersebut cukup menggambarkan kerajaan Perikatan Nasional gagal total dalam perang melawan Covid.


Katanya, tindakan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen sejak 6 bulan lalu bagi menangani Covid sebaliknya meningkatkan lagi jumlah jangkitan.


"Objektif (PM) Mahiaddin ketika buat darurat dan gantung Parlimen untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.


"Sehari sebelum Sidang Khas Parlimen, jumlah terkumpul kes Covid-19 mencecah sejuta.


"Tahniah Mahiaddin," katanya sinis dalam catatan di Facebook.


Untuk rekod, angka jangkitan Covid keseluruhan menunjukkan Malaysia tertinggi dalam kalangan negara-negara Asia, iaitu hampir 3% daripada jumlah penduduk 32 juta.


Berbanding Indonesia yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang baik mencatat jumlah jangkitan kurang 1.5% daripada populasi 276 juta jiwa.


Pada peringkat dunia pula, Malaysia berada di kedudukan ke 5 di bawah Cuba, Sepanyol, Georgia dan United Kingdom yang mencatat kes jangkitan harian sebanyak 0.047% daripada populasi.


Tiada negara Asia lain dalam kedudukan 15 teratas, hanya Thailand berada di tangga ke 20 iaitu 0.021% daripada 69 juta populasi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page