top of page

Anggota LPPR hilang kepercayaan, Abu Zahar perlu letak jawatan



Penafian 6 anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bahawa mereka berpendirian seperti Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berpuas hati terhadap penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM kelmarin, menjejaskan kredibiliti Pengerusi LPPR itu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, pembelaan Abu Zahar terhadap Ketua Pesuruhajaya SPRM sebelum ini menggunakan platform LPPR terbukti hanya pendapat peribadi beliau


"Ternyata tindakan Abu Zahar membela Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan saham tidak dipersetujui oleh anggota LPPR lainnya, dan merupakan pendapat peribadi Abu Zahar sendiri.


"Dalam hal ini imej negara telah diperjudikan. Penilaian antarabangsa akan merudum apabila ketua sebuah suruhanjaya anti rasuah dan pengerusi lembaga penasihat suruhanjaya berkenaan cenderung ke arah salah laku yang melibatkan pertindihan kepentingan (conflict of interest), serta dikhuatiri melanggar beberapa akta dan undang undang negara," kata Shamsul dalam kenyataan petang ini.


Tegas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, dengan penafian 6 anggota LPPR itu, jelas mereka telah hilang kepercayaan dan menjauhkan diri dari Abu Zahar. Pengerusi LPPR, katanya, perlulah menjelaskan mengapakah beliau 'membersihkan' Azam Baki serta enggan mengikuti saranan anggota lain yang mencadangkan tindakan lebih relevan.


"Sekiranya Abu Zahar tidak memberi penjelasan munasabah maka lebih baik beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi LPPR. Abu Zahar perlu bercakap benar, mengambil tanggungjawab dan mendahulukan negara berbanding kepentingan peribadinya," ujar beliau.


Kegawatan terbaharu ini juga, kata Shamsul, menimbulkan desakan betapa perlunya dibentuk suruhanjaya siasatan khas bagi menyelesaikan kontroversi pembelian dan pemilikan saham Azam Baki yang tidak lagi boleh disiasat oleh pihak polis atau SPRM secara bersendirian kerana telah menjadi skandal nasional yang mengemparkan.


"Dalam hal ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak punya pilihan lain bagi mengelakkan SPRM dipandang negatif oleh rakyat, selain beliau mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja menyiasat skandal pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM secara terperinci.


"Tanpa siasatan bebas dan meyakinkan, pelabur asing dan pemodal tempatan akan gentar untuk menanam modal di negara ini yang mana undang undang seolah olah melindungi golongan tertentu," katanya lagi.


6 anggota LPPR yang menyatakan pendirian tidak bersekongkol dengan Abu zahar adalah Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Te and Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


Selain tidak bersetuju dengan tindakan Pengerusi LPPR itu membersihkan nama Azam, mereka juga menyatakan telah memberi beberapa cadangan yang lebih sesuai dalam menangani perkara berkenaan


Menurut mereka, dalam perbincangan bersama Abu Zahar, dicadangkan agar hal berkenaan dirujuk kepada satu jawatankuasa bebas; Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tentang rasuah atau panel Jawatankuasa Aduan SPRM.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page