top of page

Filem Anwar sarat nilai, tauladan - KEADILAN Wangsa Maju



Seramai 50 anggota KEADILAN Cabang Wangsa Maju teruja dengan jalan cerita mengesankan filem Anwar: The Untold Story yang mereka tonton di GSC Setapak Central di sini.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, beliau mengambil inisiatif membawa penyokong KEADILAN terutama generasi muda ke pawagam atas dasar kesedaran memberi pendedahan dan mengangkat martabat filem biopik berkenaan berdasarkan kisah sebenar yang dilalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya melihat filem ini daripada perspektif berlainan. Meskipun ia berkaitan dengan Perdana Menteri, filem ini sebenarnya satu kejayaan dalam perkembangan industri perfileman negara.


"Boleh dibayangkan, setiap adegan dalam filem ini adalah berdasarkan kisah benar dan penggambaran pada masa itu dalam keadaan pandemik yang masih memuncak, bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan," katanya.


Mengulas lanjut beliau berkata, keberanian Zunar selaku penerbit eksekutif menggarap dan menjadi filem tersebut satu kenyataan adalah sesuatu yang patut dicontohi dan dibanggakan.


"Kita sepatutnya bangga dengan perkembangan filem negara dengan adanya filem genre ‘biopik’ seperti ini. Bagi mereka yang pernah melalui zaman reformasi, pastinya akan mengimbau kembali perasaan nostalgia kerana kandungan filem ini mempunyai kejituan yang tinggi berdasarkan insiden sebenar yang dialami Anwar di lokap Bukit Aman.


"Sebenarnya, saya terpaksa menyertai satu program upacara kebudayaan pada masa yang sama. Meskipun saya tidak menyertai mereka ke dalam pawagam, saya bangga kerana kehadiran mereka memartabatkan kesetiaan KEADILAN Wangsa Maju kepada pimpinan Presiden parti merangkap Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Andre Lai memberi pandangan mengenai filem Anwar

Sebelum masuk ke pawagam kelmarin, Timbalan Ketua KEADILAN Wangsa Maju, Mustafa Ghazanfar mengetuai rombongan bergambar dengan gaya ikonik mengangkat tangan ala Datuk Seri Anwar mirip poster filem berkenaan.


Dalam pada itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Azmee Abd Rahim ketika diminta mengulas berkata filem tersebut memaparkan integriti seorang tokoh agung bernama Anwar Ibrahim.


"Jalan cerita filem ini memaparkan kejadian sebenar di sebalik peristiwa 2 September 1998, waktu beliau dipecat daripada kerajaan dan UMNO.


"Sedangkan Anwar seorang pemimpin berjawatan Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan sedemikian rupanya pada masa itu apatah lagi kita sebagai rakyat biasa.


"Kita dipersembahkan susur galur gejala rasuah dan perilaku hasad dengki dalam segelintir pimpinan terdahulu yang rakus menjarah hasil khanazah negara demi kepentingan diri, keluarga dan kroni," katanya.


Bagi beliau filem bergenre seperti itu harus ditonton oleh golongan anak muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara agar mereka boleh menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada semua masyarakat dalam negara ini


"Syabas kepada Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai yang mengaturkan program baik sebegini agar semua pimpinan cabang, wanita dan AMK dapat refresh semula sejarah sebenar perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melawan rasuah dan salah guna kuasa,” ujarnya.


Setiausaha Wanita KEADILAN Cabang Wangsa Maju, Ezy Ezlyana Ostman pula memberikan pandangan filem berdurasi 120 minit itu mengandungi nilai pengajaran yang tinggi.


"Selepas menonton memang saya rasa ia adalah filem yang bagus. Pertama sekali, tahniah kepada pengarah dan team produksi kerana berani menghasilkan filem genre fakta tentang perjuangan sebenar bagaimana PMX semasa kita menongkah arus melawan rasuah sebelum ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page