top of page

Anggota KEADILAN bebas bersuara tetapi jangan salah guna - Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 9
  • 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengamalkan prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara dalam kalangan ahlinya, selaras nilai demokrasi yang diperjuangkan sejak awal penubuhan parti itu.


Bagaimanapun tegas seorang naib presidennya, ruang tersebut wajar digunakan secara berdisiplin dan bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan keharmonian dalaman parti.


"Kebebasan bersuara adalah kekuatan utama dalam parti ini dan juga kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Semua orang berhak bersuara. Tidak salah untuk bercakap dan meluahkan pandangan, asalkan dengan fakta, disiplin dan secara beretika.


"Jangan sampai buat fitnah. Apabila ia disalah guna untuk memfitnah maka hilanglah kebebasan itu," kata Datuk Seri R Ramanan (gambar) dipetik.


Beliau berkata begitu kepada media selepas melancarkan The Changemakers Initiative dan Seminar Keusahawanan Sosial anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di Subang Jaya pada Selasa.


Pada Isnin sekumpulan Ahli Parlimen KEADILAN meminta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.


Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli menerusi satu sidang media, mendakwa pencalonan bagi beberapa jawatan hakim itu sudah dihantar oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada kerajaan namun tidak diambil tindakan sewajarnya.


Dakwaan tersebut boleh membawa implikasi besar bukan sahaja berhubung persepsi awam terhadap institusi kehakiman malah berpotensi menggugat imej Perdana Menteri selaku peneraju Kerajaan Perpaduan.


"Kebebasan bersuara yang disalah guna untuk menyebarkan tuduhan tidak berasas boleh membawa implikasi buruk, bukan sahaja kepada parti, malah kepada kestabilan politik secara keseluruhan," tambah Ramanan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page