top of page

Ancaman sebenar orang Melayu pemimpin rasuah, salahguna kuasa, tidak berintegriti

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 6 days ago
  • 2 min read

Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Senator Jufitri Joha (gambar) menegaskan ancaman sebenar kepada negara bukan datang daripada DAP atau masyarakat bukan Islam, sebaliknya berpunca daripada pemimpin yang terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan tidak berintegriti.


Beliau berkata, rakyat jangan terpedaya dan dialihkan kepada isu sentimen perkauman dan agama, sebaliknya fokus kepada isu memilih pemimpin yang mempunyai integriti kerana kepimpinan yang bersih akan mengukuhkan kedudukan negara serta mendapat penghormatan semua kaum.


"Ancaman sebenar bukan DAP atau orang bukan Islam. Ancaman sebenar ialah pemimpin yang korup, salah guna kuasa dan tidak berintegriti. Kalau seseorang pemimpin gagal mentadbir dengan baik, itulah masalah sebenar negara tanpa mengira bangsa atau agama," kata Jufitiri dalam ceramah kelompok di Ulu Sepri, baru baru ini.


Jufitri berkata, orang Melayu Islam tidak seharusnya dipengaruhi naratif bahawa mereka sentiasa diancam oleh kaum lain, sebaliknya perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman melalui kepimpinan yang amanah dan berintegriti.


"Kalau orang Melayu Islam kuat, tidak rasuah dan menjadi contoh yang baik, kenapa kita perlu takut? Bila kita berintegriti, orang lain akan menghormati kita. Penghormatan itu datang daripada akhlak dan kepimpinan, bukannya kerana kita menakut-nakutkan orang lain," katanya.


Menurut beliau, kejayaan kerajaan membanteras rasuah dan memperbaiki tadbir urus negara telah mengubah persepsi masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengutamakan integriti.


"Apabila kita melawan rasuah dan memperkukuhkan tadbir urus, Malaysia dipandang lebih baik di mata dunia. Inilah bukti bahawa integriti adalah kekuatan sebenar sesebuah negara, bukannya politik kebencian atau sentimen kaum," katanya.


Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat supaya tidak terus menjadikan DAP atau orang bukan Islam sebagai punca kepada setiap masalah yang berlaku, sebaliknya menilai setiap pemimpin berdasarkan rekod pentadbiran dan kejujuran mereka.


"Kita perlu menerangkan kepada masyarakat bahawa ancaman sebenar ialah pemimpin yang melakukan salah laku dan rasuah. Jangan menghukum berdasarkan kaum atau parti semata-mata. Pilihlah pemimpin yang berintegriti kerana itulah asas kepada keamanan, kestabilan dan kemajuan negara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page