top of page

Anak syarikat kerajaan negeri Selangor ke peringkat antarabangsa



Negeri Selangor sedang melipat ganda usaha memperkasa memanfaatkan kepakaran dan keupayaan anak syarikat kerajaan negeri bagi meluaskan jangkauan ke pasaran antarabangsa.

Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara peluang yang sedang dikenal pasti adalah dalam bidang perniagaan dan pendidikan.


"Saya percaya dengan memanfaatkan potensi ini dan mewujudkan hubungan yang kukuh, kami dapat memperkenalkan produk kami dengan lebih berkesan," katanya dipetik selepas sesi dialog bersama diaspora Malaysia di Jakarta pada Isnin.


Antara syarikat yang berpotensi diketengahkan termasuklah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikatnya, Worldwide Holdings Bhd (WHB) bersama Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS).

KPS ialah syarikat pemegangan pelaburan dengan pelaburan utama dalam sektor pembuatan, manakala WHB menyediakan perkhidmatan pengurusan alam sekitar dan pembangunan hartanah.


Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan Universiti Islam Antarabangsa Selangor menonjol sebagai institusi pengajian tinggi yang menarik minat ramai pelajar Indonesia untuk mengikuti program Sarjana dan doktor falsafah (PhD).


"Saya yakin bahawa hubungan lama yang terjalin ini boleh diperkukuhkan lagi," tambahnya yang berharap komuniti Malaysia yang tinggal di Indonesia dapat membantu Selangor menjayakan hasrat tersebut.


Amirudin berada di Jakarta sebagai memenuhi jemputan ke Pesta Buku Antarabangsa Indonesia, sekaligus mempromosikan perpustakaan awam Selangor.


Pesta buku yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Indonesia itu bertujuan untuk menarik 55,000 pengunjung dengan penyertaan 150 penerbit, syarikat dan institusi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page