top of page

AMK umum pelantikan baharu kukuh organisasi



Angkatan Muda KEADILAN Malaysia telah melakukan beberapa lantikan dalam mesyuarat baru baru ini bagi mengukuhkan pergerakan itu.


Menurut Ketua Penerangan AMK, Haziq Azfar Ishak, lantikan yang melibatkan Majlis Pimpinan AMK tersebut diperlukan untuk memantapkan gerak kerja parti menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15


Lantikan baharu terdiri daripada pimpinan muda yang berbakat seperti Muhammad Syaril Showkat Ali (Pengarah Komunikasi), Bryan Ng Yih Miin (Pengarah Strategi), Haziq Farhan (Penolong Setiausaha), Nabil Halimi (Timbalan Ketua Penerangan), Yugins Muthusamy (Timbalan Pengarah Komunikasi) dan Jhen Pei Seah (Timbalan Pengarah Strategi).


Selain itu, AMK malaysia juga melengkapkan lantikan MPAMK iaitu Mohd Nashriq Othaman (Lantikan), Mohd Afiq Ayob (Lantikan), Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri (Lantikan), Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali (Lantikan) dan Ahmad Saifullah Razali (Lantikan).


Menyuarat AMK turut membincangkan beberapa isu mutakhir terkait kos sara hidup anak muda, kebajikan pekerja ekonomi gig, petani muda, pendemokrasian pendidikan dan perumahan mampu milik serta mampan buat anak muda.


"Sehubungan itu, mesyuarat MPAMK mengambil maklum penganjuran piket yang disebut sebagai ‘Food Delivery Blackout’ yang diadakan pada Jumaat, 5 Ogos ini


"AMK mengambil pendirian menyokong penganjuran piket digerakkan oleh rider itu bagi penyedia perkhidmatan penghantaran makanan Grab Food dan Foodpanda secara kolektif.


"Mesyuarat juga telah melantik beberapa ahli MPAMK yang akan bertanggungjawab melaksanakan tindakan susulan termasuklah inisiatif temu rapat dan sumbang saran dasar dan polisi secara berterusan terhadap kebajikan pekerja ekonomi gig," katanya.


Bagi memulakan momentum AMK menuju PRU 15, tambah Haziq, siri jelajah AMK akan digerakkan bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Ogos ini dengan ceramah penerangan isu isu semasa.


"Satu Jelajah Angkatan Muda Keadilan akan diadakan yang bermula di Kota Bharu, Kelantan pada 12 Ogos dan diikuti beberapa buah negeri.


"Jelajah ini selain menjadi medan temu rapat antara pimpinan AMK Pusat dan anggota AMK di negeri dan cabang juga akan menjadi pelantar medan temu rapat golongan muda merentas segmen sebagai salah satu inisiatif untuk terus membina keyakinan anak muda dan pengundi Atas Pagar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page