AMK umum lantikan ketua, timbalan setiap negeri penggal 2025-2028
- Suara Keadilan

- Aug 6
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Biro Politik Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini mengumumkan pelantikan baharu penggal 2025-2028 bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua sayap pemuda parti itu.
Setiausahanya, Omar Mokhtar A Manap berkata, pelantikan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan mesyuarat pada 5 Ogos lalu khusus bagi membincangkan perkara berkenaan.

''Diharap lantikan ini akan menambah kukuh struktur organisasi AMK bagi penggal 2025-2028, memperkuat gerak kerja reformasi dan berupaya menggarap kesepaduan dalam menjayakan agenda Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik, selamat menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dalam memberi khidmat kepada akar umbi serta masyarakat keseluruhannya,'' katanya dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan kepimpinan baharu yang dilantik mengikut negeri:
Perlis:
Ketua: Ahmad Azzin Izzad Bahanudin
Timbalan Ketua: Mohd Ashraf Ahmad Sabki
Kedah:
Ketua: Mohammad Fitri Ismail
Timbalan Ketua: Mohammad Afiq Hazwan Samsudin
Pulau Pinang:
Ketua: Muhammad Zakwan Mustafa Kamal
Timbalan Ketua: Muhamad Hafiz Roslan
Perak:
Ketua: Ashraf Kahasani
Timbalan Ketua: Muhammad Aslam Johari
Wilayah Persekutuan:
Ketua: Asheeq Ali Sethi Alivi
Timbalan Ketua: Wan Nur Aishah Ahmad Fazli
Selangor:
Ketua: Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi
Timbalan Ketua: Mohamad Shahrul Adnan
Negeri Sembilan:
Ketua: Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar
Timbalan Ketua: Raihan Md Idris
Melaka:
Ketua: Muhamad Hakimi Mokhtar
Timbalan Ketua: Sivabalan A/L Karunakaran
Johor:
Ketua: Muhammad Faezuddin Mohd Puad
Timbalan Ketua : Sharwin A/L Subramani
Kelantan:
Ketua: Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi
Timbalan Ketua: Wan Hafriz Wan Mahathir
Terengganu:
Ketua: Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin
Timbalan Ketua: Nurman Hakim Azmi
Pahang:
Ketua: Mohd Hilmy Yakap
Timbalan Ketua: Badrul Hakimi Mohd Supian
Sarawak:
Ketua: Azlan Norita
Timbalan Ketua: Wong Sing Han
Sabah:
Ketua: Zaidi Jatil
Timbalan Ketua: Vincent Fung Sze Zack
Lantikan tambahan:
Exco (Lantikan): Mohammad Haqqim Nazaruddin
Exco (Lantikan): Suria Vengadesh A/L Kerisnan
Penolong Setiausaha Pengelola I: Muhammad Aliff Aizat Aziz
Penolong Setiausaha Pengelola II: Ahmad Nazreen Shah Ahmad Nazib









Comments