top of page

AMK turun padang hulur bantuan mangsa tanah runtuh di Papar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15
  • 1 min read
Salah sebuah rumah penduduk yang runtuh akibat longsoran tanah yang ditinjau AMK
Salah sebuah rumah penduduk yang runtuh akibat longsoran tanah yang ditinjau AMK

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menzahirkan solidariti terhadap mangsa tanah runtuh di sekitar Papar, Sabah dengan turun padang meninjau lokasi kejadian serta menghulurkan bantuan awal.


Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Nurhanani Dhamirah Razaleh berkata, beliau bersama beberapa rakan AMK lain telah meninjau lokasi tanah runtuh yang masih dalam proses operasi mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat.


"Hari ini, saya dan beberapa rakan-rakan AMK yang lain telah bersama-sama meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di sekitar Papar. Operasi menyelamat mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut dimaklumkan bahawa rakan-rakan AMK Penampang dan beberapa cabang lain sudah mula turun ke kawasan terjejas untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.


Nurhanani berada di lokasi meninjau keadaan
Nurhanani berada di lokasi meninjau keadaan

"Insya-Allah kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan salam takziah kepada keluarga mangsa," ujar beliau lagi.


Dalam kejadian awal pagi tadi, dua beranak maut akibat tertimbus tanah runtuh di Kampung Mook sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.


Kejadian melibatkan tiga rumah yang ranap sepenuhnya akibat tanah runtuh yang berlaku sekitar pukul 10 pagi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 10.02 pagi.


"Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


"Terdapat dua orang mangsa tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page