top of page

AMK tubuh jawatankuasa bertindak tangani isu pekerja e-hailing



Isu kebajikan pekerja ekonomi gig seperti perkhidmatan e-panggilan atau e-hailing akan ditangani secara lebih berkesan selepas ini.


Hal itu diumumkan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Syaril Showkat Ali selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait e-Panggilan.


"Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK 3 Ogos lalu telah menyinggung beberapa isu mutakhir terkait kemaslahatan segenap segmen anak muda termasuk kebajikan pekerja ekonomi gig yang didominasi anak muda.


"Lantaran itu, AMK telah mengadakan sidang media tentang penganjuran piket ‘Food Delivery Blackout’ pada hari Jumaat lalu yang digerakkan oleh rider bagi penyedia perkhidmatan penghantaran makanan Grab Food dan Foodpanda.


"Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait e-panggilan (e-hailing taskforce) telah dibentuk dan kami melantik beberapa ahli MPAMK yang akan bertanggungjawab melaksanakan objektif penubuhannya," kata Syaril dalam satu kenyataan.



Menurut beliau lagi, jawatankuasa itu akan berperanan untuk menerima aduan-aduan daripada penunggang dan pemandu penyedia perkhidmatan penghantaran e-panggilan.


"Juga meneliti dan mengkaji isu-isu semasa melalui sumbang saran dasar dan polisi radikal secara berterusan


"Jawatankuasa ini akan turut berusaha menemukan penyelesaian dan tindakan susulan termasuklah inisiatif temu rapat, perbincangan kolektif serta kebajikan pekerja ekonomi gig," ujarnya.


Manakala Ahli Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Terkait E-Panggilan itu adalah Bryan Ng Yih Miin sebagai Pengerusi; Faris Aiman Elias; Hilmy Yakap; Ikmal Shahrin Zulkipli; Ruben Raj; Gavin Way dan Nadia Fathin Syahira Ahmad Nazri.


"Secara tuntas, AMK sentiasa cakna terhadap kemaslahatan anak muda segenap segmen dan akan terus menangani cabaran serta merangka solusi secara konsisten," kata Syaril lagi.


Sebarang aduan daripada pekerja gig boleh disalurkan melalui e-mel ehailingtaskforcepkr@gmail.com.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page