Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia bertekad untuk mengangkat suara golongan muda marginal di peringat akar umbi dalam membina Malaysia baharu.
Naib Ketua AMK, Atyrah Hanim berkata agenda pembelaan tersebut perlu dilakukan oleh sayap pemuda kerajaan kerana parti pembangkang amat bermasalah dan lebih suka mempergunakan anak muda untuk memenuhi keperluan politik mereka sahaja.
"Kami melihat PN sebagai pembangkang yang bermasalah kerana mereka gagal menanggapi isu isu rakyat dan gagal nak selesaikan masalah di negeri mereka sendiri. Mereka hanya mainkan sentimen kaum dan agama.
"Oleh itu kita lihat keperluan AMK dan golongan pemuda untuk bawa suara akar umbi belia dalam bentuk polisi yang kita sampaikan kepada kerajaan Madani dalam naratif ekonomi kerajaan Madani tidak lama lagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya petang ini.
Menurut Atyrah lagi, sejak 2 bulan kebelakangan ini beliau telah menemui banyak golongan anak muda marginal seperti orang asli, pengguna perkhidmatan awam dan hartal doktor kontrak bagi meneliti masalah mereka.
"Ini hanyalah permulaan, kita akan melakukan lebih banyak enggagement termasuk bersama kementerian dan sebagainya.
"Dalam kerajaan Madani hari ini kita perlu menjadi inklusif dan apa jua suara di bawah tidak perlu menjadi echo chamber. Jadi adalah tugas AMK untuk memanifestasikan suara pemuda akar umbi, dan juga kita bawa politik baharu bukan sekadar retorik tetapi politik dasar awam.
"Kita juga sedang menambah nilai kepada kerajaan Madani hari ini dalam bentuk yang konstruktif, membina dan substantif," katanya lagi.
Menurut Atyrah lagi, AMK juga sedang mengangkat masalah anak muda melalui beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bersama dalam gerakan berkenaan agar dasar kerajaan lebih baik, berkesan dan memberi impak kepada golongan sasaran.
Kommentare