top of page

AMK Sungai Besar, NGO turun ziarah keluarga memerlukan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 14, 2023
1 min read


Angkatan Muda Keadilan Cabang Sungai Besar, Selangor bersama NGO eprihatin Sungai Besar baru baru ini turun menziarahi beberapa keluarga untuk memberikan sumbangan bantuan.


Menurut satu kenyataan, bantuan itu diberikan kepada keluarga yang memerlukan termasuk ahli keluarga yang mengalami kecederaan.


"Alhamdulilah, AMK Sungai Besar bersama sahabat sahabat pemuda perpaduan dan NGO eprihatin Sungai Besar telah menziarahi beberapa rumah di kawasan Parlimen Sungai Besar. Sempat juga kami ziarah keluarga yang menjadi kes viral di Sungai Besar (kanak kanak tercucuk besi pagar).


"Semoga sedikit sebanyak sumbangan dari kami dapat membantu keluarga yang ditimpa musibah dan semoga dipermudahkan segala urusan," kata kenyataan itu.


Turut hadir bersama adalah penaung NGO eprihatin Sungai Besar, Saipolyazan M Yusop.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page