top of page

AMK Subang lapor polis MB Kedah persenda Sultan Selangor

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 15, 2023
1 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Subang membuat laporan polis berhubung tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor yang mempersenda Sultan Selangor dalam ceramah politik beliau baru baru ini.


Menurut Ketua AMK Subang, N Kalai Rajah, perbuatan Sanusi tersebut amat biadap dan tidak dapat diterima oleh rakyat Selangor yang mengutamakan tatasusila.


"Hari ini AMK Subang telah selesai membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 12 Julai 2023.


"Kenyataan beliau yang secara tidak langsung menghina Sultan Selangor dan Datuk Menteri Besar tidak boleh diterima oleh rakyat Negeri Selangor dan kami berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat perkara ini, dan membawa isu tersebut ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page