top of page

AMK simpati mangsa bencana kepala air di Kedah, buka tabung kutipan derma


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia melahirkan rasa simpati ke atas mangsa kejadian 'kepala air' dan banjir yang melanda Daerah Yan, Kedah, semalam.


"AMK amat terkesan dengan bencana fenomena kepala air dan banjir kilat menimpa penduduk di kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah.


"Hujan lebat di sekitar kawasan Gunung Jerai mengakibatkan wujudnya 'Fenomena Kepala Air' dari atas melimpah ke semua tempat di kawasan lembah, dari Tupah hingga ke Yan.


"Pihak kami dimaklumkan beberapa rumah berdekatan laluan sungai terjejas teruk terutama di kawasan peranginan Air terjun Seri Perigi, Air terjun Titi Hayun dan Air Terjun Tupah. Begitu juga di beberapa kawasan perumahan berhampiran," kata AMK dalam kenyataan, hari ini.


Menurut mereka lagi, pergerakan itu akan segera mengerahkan jentera parti terutamanya melalui AMK Kedah bagi meninjau dan menganalisa keadaan semasa untuk seterusnya menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terkesan.


"Oleh itu pihak AMK menggerakkan Tabung Bencana AMK dan merayu sumbangan orang ramai bagi membantu mangsa yang terjejas," kata kenyataan tersebut.


Menurut AMK, sebarang sumbangan boleh dibuat ke akaun RHB Bank, nombor akaun 2124 39600 10033 atas nama Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat.


Manakala sebarang urusan berkaitan boleh menghubungi Ketua AMK Kedah, Firdaus Johari di talian 012 358 1036.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page