AMK Selangor perkukuh jentera, fokus rampas kerusi pembangkang
- Suara Keadilan

- Sep 7
- 1 min read

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menegaskan komitmen untuk memperkukuh kekuatan sayap parti bagi memastikan negeri itu terus ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Haziq Izwan Mohd Husni berkata, tekad tersebut disepakati dalam Mesyuarat AMK Selangor Bil. 2 penggal 2025/2028 yang berlangsung di Shah Alam malam tadi.
"Mesyuarat berlangsung di Pejabat MPN KEADILAN Selangor dan telah dipengerusikan sendiri Ketua AMK Negeri, Saudara Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi.
"Kita memberi fokus kepada menyusun strategi agar kekuatan jentera anak muda terus diperkasa menjelang PRU akan datang, Usaha ini sekaligus untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai pembangkang dapat dirampas semula" katanya.
Haziq turut menjelaskan, mesyuarat turut memperkenalkan biro-biro serta jawatankuasa AMK Selangor yang baharu dilantik, selain menyusun gerak kerja program jelajah AMK Selangor mengikut zon-zon ditetapkan.
"Mesyuarat ini membuka lembaran baharu dalam memastikan suara anak muda relevan dalam membina masa depan negeri dan negara.
"Syabas diucapkan kepada semua anggota jawatankuasa yang hadir dan memberi komitmen tinggi dalam melancarkan agenda yang dibincangkan. Kita susun langkah dan pacu gerakan ke hadapan," tambahnya.









Comments