AMK Selangor hantar bantuan makanan kepada mangsa banjir Pahang
- Redzuan Shamsudin
- Jan 12, 2021
- 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor pada 10 Januari lalu melakukan penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas kepada 100 keluarga yang terjejas banjir di Temerloh, Pahang.
Menurut Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi (gambar, tiga dari kiri), AMK Selangor bergerak ke Pahang menggunakan 11 kenderaan pacuan empat roda dan agihan bantuan diselaraskan dengan kerjasama KEADILAN Cabang Temerloh dan AMK Pahang.
"Saya dan pasukan Angkatan Muda KEADILAN Selangor selamat tiba di Pahang dan disambut oleh Saudara Zulfikar Ali Ariffin, Ketua KEADILAN Temerloh.
"Selain menyerahkan bantuan makanan asas, kami turut menyampaikan sumbangan dari pihak persendirian berupa pakaian, lampin dan tuala wanita," katanya.

Pasukan AMK Selangor bersama AMK Pahang juga meninjau ke beberapa lokasi terjejas banjir dan menyampaikan sendiri sumbangan kepada mangsa.
"Saya dan pasukan AMK Selangor bersama Ketua KEADILAN Temerloh, Saudara Zulfikar Ali Ariffin dan anggota KEADILAN Temerloh turut meninjau beberapa lokasi di Mentakab yang masih terjejas.
"Kami juga menziarahi beberapa buah keluarga yang terjejas di sekitar Lanchang dan menyerahkan bantuan makanan asas kepada mereka," katanya lagi.
Banjir di Pahang dilaporkan menenggelamkan ribuan kediaman dan kira-kira 20,000 mangsa banjir terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.
Comments