AMK sediakan bantuan guaman mangsa kemalangan LRT


Mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kelmarin perlu memahami hak-hak mereka dan mendapat pembelaan undang-undang yang sewajarnya.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Chiew Choon Man bersama Exco Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Gavin Way, mangsa kemalangan boleh mendapatkan nasihat perundangan percuma dari pada AMK berhubung kejadian tersebut.


"Biro Guaman dan Undang-undang AMK Malaysia dengan kerjasama sekumpulan peguam bertauliah amat berbesar hati untuk menawarkan khidmat nasihat guaman kepada semua mangsa terbabit, sekiranya mereka ingin memahami hak individu masing-masing secara lebih lanjut di bawah undang-undang sedia ada," kata mereka.


Difahamkan, pampasan segera bernilai RM1,000 disediakan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kepada 213 mangsa terbabit selain syarikat berkaitan kerajaan itu juga akan menanggung bayaran kos perubatan mangsa yang dirawat di hospital.


Justeru, AMK menurut kenyataan itu lagi, turut menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada semua mangsa yang terbabit.


"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua warga perubatan di Hospital Kuala Lumpur atas rawatan rapi yang diberi kepada semua penumpang selepas kemalangan.


"Kami menuntut agar laporan yang teliti mengenai kemalangan ini dapat diumumkan secepat mungkin oleh pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meyakinkan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam Malaysia," kata mereka lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER