top of page

AMK rancang tubuh unit pantau isu 3R di media sosial



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bercadang menubuhkan unit khas bagi memantau sebarang isu agama, raja dan kaum (3R) di media sosial.


Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya akan meneliti cadangan dikemuka pada Konvensyen AMK itu bagi menentukan kaedah pelaksanaannya.


"Kalau ada orang menggunakan media sosial membuat tohmahan dan dakwaan menggunakan isu-isu perkauman biarlah ada naratif balas dan ia antara perkara yang boleh dibuat oleh unit ini," katanya dipetik selepas menyempurnakan Konvensyen AMK Wilayah Tengah 2023 melibatkan sayap pemuda parti itu dari Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Ipoh pada Ahad.


Sesi tersebut yang dihadiri 200 ahl dan merupakan merupakan penutup kepada konvensyen peringkat cabang serta negeri yang diadakan sejak Oktober bagi setiap zon bermula di Sabah diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.


Sementara itu, Adam Adli ketika menyentuh mengenai AMK berkata, ia kini mempunyai keahlian seramai 228,000 di seluruh negara dengan terbanyak di Selangor iaitu 70,000 manakala 14,000 ahli di Perak.


Bagi memantapkan pemahaman berkaitan prinsip dan idealisme parti, AMK jelasnya sentiasa menyediakan latihan secara berkala kepada ahli baharu.


"Ini supaya sesiapa yang masuk sebagai ahli Keadilan memahami dan tahu prinsip parti serta boleh menerangkan dengan lebih baik kepada masyarakat di luar sana," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page