top of page

AMK Pontian bantu asnaf sempena tahun baharu

  • Jan 9, 2021
  • 1 min read


Angkatan Muda KEADILAN Johor membantu golongan memerlukan pada awal tahun baharu 2021.


Menurut Ketua AMK Pontian, Abdul Aziz Shari (gambar, kiri sekali), bantuan disampaikan ke beberapa asnaf di kampung-kampung di daerah itu.


"Selesai pengagihan bantuan kepada golongan asnaf anjuran AMK Pontian di kawasan Benut, untuk mukim Sungai Pinggan," tulis Aziz di Facebook


Aziz mengetuai sumbangan tersebut, biar pun dalam keadaan cuaca hujan renyai program bantuan one off itu tetap diteruskan.


Beliau juga menyeru kepada golongan yang memerlukan bantuan untuk memberitahu kesusahan mereka dan AMK Pontian akan turun membantu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page