top of page

AMK persoal kesetiaan BN dalam Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 hours ago
  • 1 min read

Keikhlasan dan kesetiaan Barisan Nasional (BN) dalam menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal Parlimen dipersoalkan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Kamil Munim (gambar) berkata, sikap ditunjukkan BN kebelakangan ini dilihat tidak selari persetujuan dinyatakan mereka untuk bekerjasama sehingga habis penggal.


"Saya merujuk kepada pihak dalam Kerajaan Perpaduan yang meletakkan kepentingan politik sempit mengatasi kepentingan negara dan cuba menggugat kestabilan kerajaan.


"Kalau kita bersetuju bekerjasama sehingga tamat penggal, maka komitmen itu perlu ditunjukkan. Mandat rakyat perlu dihormati," katanya dipetik laporan media.


Kamil Munim memberi contoh tindakan BN yang menggugat kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini.


"Mandat Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023 diberikan kepada kerajaan PH-BN, mengapa tidak dihormati sehingga tamat penggal," soalnya.


Mengulas politik identiti yang dimainkan pihak tertentu, beliau menegaskan bahawa kerjasama antara pemimpin Melayu Islam dan kaum lain tidak sepatutnya dijadikan isu.


Semua pemimpin jelasnya berkongsi hala tuju serta matlamat yang sama iaitu menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


"Malah pemimpin Melayu Islam dalam KEADILAN tetap meletak kepentingan kaum dan agama sebagai antara keutamaan.


"Kita tidak apologetik mengenai identiti. Kita jadi pemimpin Melayu Islam dan pada masa sama bekerjasama dengan pemimpin daripada kaum lain.


"Perbezaannya ialah pendekatan politik. Kita menjelaskan bagaimana menjaga kepentingan orang Melayu dan agama melalui dasar, bukan politik ketakutan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page