top of page

AMK Pandan tidak kompromi pihak jatuhkan maruah PM dengan tuduhan keji

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 1 min read

AMK Pandan buat laporan polis terhadap individu menabur fitnah terhadap perdana menteri
AMK Pandan buat laporan polis terhadap individu menabur fitnah terhadap perdana menteri

Oleh: Akmal Manaf


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pandan menegaskan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM) melalui politik kotor dan fitnah.


Ketuanya, Mohd Ifwat Hamirudin berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan negara dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan serta politik ekstrem.


Tegas beliau, kebebasan bersuara bukan tiket untuk menabur fitnah atau mencaci sesuka hati.


''Saya memandang serius tindakan seorang individu pada 25 Ogos lalu yang telah memuat naik kenyataan di TikTok berunsur fitnah dan penghinaan terhadap PM Anwar.


''Perbuatan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah peribadi PM Anwar dengan tuduhan jijik dan tidak berasas, malah turut mempermainkan lafaz agama Islam (istighfar) dalam konteks yang menghina.


''Tindakan sebegitu adalah amat keterlaluan, tidak bermoral, dan berniat jahat untuk menghasut rakyat membenci kepimpinan negara,'' kata beliau dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ifwat yang juga Ketua Penerangan AMK Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap laporan polis yang telah dibuat.


Beliau menyeru agar pihak berkuasa menyiasat individu terbabit di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan media sosial; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 – kenyataan berunsur hasutan; Seksyen 507B Kanun Keseksaan – gangguan dan penghinaan terhadap seseorang; dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan – jenayah fitnah.


Hadir sama memberi keterangan kepada pihak polis adalah Ketua Biro Perundangan AMK Pandan, M Jay Raj A/L P Muresh dan Naib Ketua AMK Pandan, Imran Hariz Hamizi.


Pada masa sama, Ifwat turut menyeru golongan anak muda agar menolak budaya politik kebencian, sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha membina perpaduan, memperkukuh pembangunan dan mengangkat politik berasaskan fakta serta dasar yang matang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page