top of page

AMK P Pinang seru bukan Islam tidak campuri urusan agama Islam



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menolak cadangan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah yang dicadangankan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.


Ketua Penerangan AMK negeri, Abshar Nurasyraf berkata, cadangan yang tidak ‘berpijak di bumi yang nyata’ itu dilihat hanya akan mencetuskan ketegangan dan polemik yang tidak perlu dalam keadaan Kerajaan Perpaduan sedang cuba menyatu padukan rakyat.


"Saya melihat tiada keperluan untuk melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah memandangkan urusan hal ehwal Islam terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu dan tak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, orang bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai pindaan undang undang syariah kerana ianya hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja dan bukan Islam dilindungi undang undang sivil.


"Bahkan, jika dilihat sejak merdeka pun Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam.


"Malah (berdasarkan sejarah) proses menambahbaik Mahkamah Syariah yang dilakukan sejak dahulu lagi sentiasa dilaksanakan secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Tegas beliau, sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah sebelum ini, sama ada dari segi pentadbiran, emolumen, kompetensi dan penggajian hakim serta pegawai mahkamah syariah, bentuk dan tahap hukuman, tidak pernah sesekali penambahbaikan itu mengambil atau mencabuli hak warga bukan Islam.


"Ini juga sejajar dengan peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara dan pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan


"Justeru, berikanlah kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel-panel yang mengganggotai jawatankuasa itu.


"Tentunya DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek termasuk bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mengabsahkan terma-terma rujukan Jawatankuasa Khas itu," katanya lagi.


Dalam hal berkaitan, semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengingatkan rakyat negara ini khususnya mereka bukan Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.


Sehubungan itu, dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut senada dan mendukung penuh titah Sultan Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page