top of page

AMK P Pinang kecam Chegubard, anjur himpunan sebar politik kebencian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 16, 2024
  • 2 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin yang mahu mengadakan himpunan di Permatang Pauh pada 31 Ogos bagi sebagai simbolik kononnya mencabut ‘roh reformasi’ adalah sesuatu yang tidak masuk akal.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Fadzli Roslan berkata, motif Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard yang mahu mengajak orang ramai menyertai protes itu amat tidak sesuai memandangkan himpunan itu diadakan pada tarikh kemerdekaan negara.


"Saya membaca liputan akhbar semalam berkenaan Chegubard yang mengajak orang ramai berhimpun "cabut roh reformasi dari Anwar" di Permatang Pauh pada 31 Ogos. Ini sememangnya tidak masuk akal.


"31 Ogos merupakan tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun.


"Tujuan utama (hari merdeka) adalah usaha kita mengenang tarikh kemerdekaan di mana negara bebas dari penjajah di samping mengenang jasa wira-wira negara.


"Tetapi sebaliknya apa yang berlaku apabila Chegubard cuba mengajak orang ramai untuk menanam dan menyebar kebencian pula," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, menurut Fadzli, Chegubard yang berpengalaman dalam politik seharusnya lebih mengetahui bagaimana erti penghayatan hari kemerdekaan negara dan bukannya menyebar kebencian serta mengajak perkara yang tidak berfaedah.


"Ini bukan kali pertama dia cuba membuat himpunan-himpunan seperti ini. Jangan guna atau peralatkan rakyat dalam keadaan sebegini.


"Saranan saya agar Chegubard menganjurkan (himpunan) sambutan hari kemerdekaan daripada menganjurkan himpunan-himpunan sebar kebencian dan tidak berfaedah.


"Yang paling penting, jangan rosakkan minda rakyat dengan hasutan dan kebencian dalam kita menyambut hari kemerdekaan nanti," ujarnya lagi.


Semalam, Chegubard dilaporkan mahu menganjurkan dua perhimpunan yang akan diadakan di Permatang Pauh dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Kedua perhimpunan itu bermula di pada 31 Ogos di Permatang Pauh dan 16 September di Dataran Merdeka.


Chegubard dilaporkan berkata, himpunan pada tarikh kemerdekaan itu dengan tujuan ‘mencabut roh reformasi daripada Anwar Ibrahim’.


Untuk rekod, permulaan gerakan reformasi dicetuskan melalui Deklarasi Permatang Pauh yang dibaca Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 September 1998 di kediamannya di Cherok Tok Kun.


Deklarasi itu timbul selepas pemecatannya selaku timbalan kepada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page