top of page

AMK Malaysia Kekal Utuh, Bermaruah



Oleh: Prasanth Kumar Brakasam


ULASAN: Kebelakangan ini sering meniti dari bibir ke bibir sekolompok kecil rakan-rakan seperjuangan yang mempersoalkan tentang peranan sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia.


Sebagaimana yang kita ketahui, sayap AMK Malaysia yang dipimpin oleh Saudara Akmal Nasir kekal utuh selepas berlakunya pengkhianatan melalui Langkah Sheraton di mana ketika itu sayap Wanita KEADILAN runtuh akibat Ketua dan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN mengumumkan keluar parti.


Konsisten pertahan prinsip Reformasi


Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa AMK Malaysia sentiasa konsisten dalam mempertahankan prinsip untuk meneruskan agenda Reformasi. Kita dapat menyaksikan betapa AMK Malaysia bersuara dalam skandal saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Dalam isu Azam Baki, walaupun ditekan, AMK Malaysia tetap membuat laporan polis, berkonvoi ke Putrajaya sebagai tanda protes, kemudian disusuli demonstrasi jalan raya di perkarangan Parlimen.


Selain itu, Biro Penerangan AMK Malaysia juga telah berjaya menganjurkan forum secara mingguan bagi menerangkan isu-isu semasa dengan terperinci kepada akar umbi


Terbaru, Pengarah Pilihan Raya AMK Malaysia, Saudara Fahmi Zainol telah memulakan inisiatif melalui Program Aspirasi Akar Umbi yang dianjurkan secara maya untuk mendengar luahan, pandangan dan idea akar umbi AMK dari Perlis hingga ke Sabah. Luahan ini telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Perjuangkan isu rakyat


Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah AMK Malaysia tidak pernah gagal dalam memperjuangkan isu rakyat mahupun isu yang melibatkan golongan anak muda.


Sejak awal lagi, AMK Malaysia telah memberikan penekanan yang serius dan menyuarakan isu harga barang yang naik mendadak dengan memulakan #KempenAMKSupportLocal.


Begitu juga dengan isu projek rumah PR1MA yang terbengkalai di beberapa buah negeri termasuk kes Rumah PR1MA Melaka Tengah 2, di mana AMK turun bersemuka dan mendengar keluhan para pembeli.


Sebagai memperkukuhkan lagi sayap AMK, pimpinan AMK di pelbagai peringkat dan latar belakang diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).


AMK masih digeruni


Seperti yang telah dinyatakan, bermula PRN Sabah, calon AMK telah diberikan kerusi untuk bertanding. Di PRN Melaka, Sarawak dan Johor, AMK mengangkat 9 orang calon anak muda.


Pada hemat saya, AMK Malaysia masih digeruni oleh pihak lawan apabila AMK tegas dalam melawan isu rasuah yang sudah bersarang lama di negara kita.


Oleh itu, AMK akan terus berganding bahu bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengambil langkah-langkah yang konkrit dan sistematik untuk memperkuatkan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15


________________________________________________________________________________


Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Melaka

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page