top of page

AMK lapor polis gesa individu hina PM disiasat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 4, 2023
  • 1 min read


Satu laporan polis difailkan terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran jelik dan terang-terangan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Laporan itu difailkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu, Wilayah Persekutuan terhadap pemilik akaun menggunakan nama Din Den Oden.


Individu tersebut didakwa memuat naik sekurang-kurangnya dua komen di media sosial Facebook yang dilihat mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan Diraja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Kami mengesa polis mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun itu kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman awam pada masa akan datang," kata Ketua AMK Cabang Batu Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas membuat laporan polis itu.


Muhammad Sabda sementara itu berkata pihaknya mengesan komen itu Ahad lepas kira-kira 12.30 tengah hari semalam.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page