top of page

AMK lancar 'Jelajah Johor Bangkit, Kluo Ngundi'



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hari ini melancarkan 'Jelajah Johor bangkit, Kluo Ngundi' sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Mac ini.


Menurut Ketua Koordinator Jelajah Johor Bangkit, Omar Mokhtar Manap, jelajah itu akan dianjurkan dengan kerjasama Biro Penerangan dan Biro Komunikasi KEADILAN dan digerakkan mulai 12 Februari ini di beberapa DUN terpilih.


"Cetusan idea ini digerakkan bersama Biro Penerangan KEADILAN Pusat dan Biro Komunikasi di bawah pimpinan YB Datuk Seri Shamsul Iskandar selaku Ketua Penerangan dan YB Fahmi Fadzil.


"Saya selaku Ketua Koordinator bersama-sama Saudara Adam Adli, Saudara Faezuddin Puad, Saudara Aziz Shari, Saudara Danish Hairuddin, Saudara Syed Shah dan teman teman lain akan turun ke DUN-DUN sasaran.


"Jelajah Johor Bangkit, Kluo Ngundi ini juga akan mendapat kerjasama daripada Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Suara Keadilan, Studio Dahsyat, cabang-cabang KEADILAN di setiap Parlimen Johor dan beberapa NGO di peringkat tempatan serta nasional," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Menurut beliau, jelajah tersebut akan dimulakan di dua DUN, iaitu Benut dan Kukup sebelum diteruskan ke DUN DUN lain. Jelajah itu juga akan menekankan beberapa aspek.


"Kita akan menyebarkan informasi yang tepat berkenaan isu rakyat, tawaran KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) serta kejayaan sepanjang pentadbiran PH sebelum ini secara terus kepada rakyat Johor di lapangan


"Jelajah diharap akan membangkitkan kesedaran rakyat khususnya anak muda dalam menterjemah hasrat sebenar pelaksanaan Undi 18 dan berperanan dalam ruang demokrasi melalui pilihan raya


"Juga mengembleng sikap rasa bertanggungjawab kepada rakyat Johor, sama ada yang menetap dalam Johor atau berada di luar untuk keluar mengundi dalam PRN kali ini," katanya.


Selain itu, menurut beliau lagi, jelajah tersebut juga dijangka mengumpul seramai mungkin individu dari pelbagai latar belakang untuk menjadi sukarelawan bagi membantu menjana kemenangan KEADILAN dan PH di Johor.


Bagaimanapun, kata Omar, keutamaan jelalah bagi DUN yang ditandingi oleh KEADILAN namun mereka bersedia untuk turut sama membantu di DUN yang ditandingi oleh rakan komponen yang lain.


Jelajah itu juga, katanya, bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page