Tindakan dua ADUN KEADILAN Kedah berkhianat sehingga tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat sah rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu dikecam. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin yang mengumumkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas Menurut Ketua AMK Kedah Mohammed Firdaus Johari, tindakan kedua-dua mereka yang menang atas tiket KEADILAN tetapi berpaling menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan perdana menteri Muhyiddin Yassin amat memalukan. "Tindakan ini jelas merupakan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat pada PRU ke-14 lalu yang sepatutnya dihormati. Tindak tanduk dan sikap yang ditunjukkan oleh mereka berdua yang sentiasa membelakangi arahan parti selama ini akhirnya diterjemahkan dengan pengkhianatan. "ADUN Sidam dan ADUN Lunas telah bertanding dan mendapatkan sokongan pengundi dengan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dua penggal yang lalu. Pengundi telah membuat pilihan dan memberikan mandat dengan memangkah lambang PKR. "AMK Kedah yakin para pengundi di DUN Sidam dan DUN Lunas akan mengingati peristiwa hitam ini dan bersedia untuk menghukum mereka dalam PRU 15 yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan. Pengkhianatan dua ADUN itu beberapa hari lalu membuka peluang kepada ADUN Bersatu mengisytihar perkara sama dan menukar kerajaan Kedah daripada PH kepada PN.
top of page
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 8,075 | 76 | 15,456 |
Total | 2,285,640 | 26,759 | 2,116,021 |
Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia
PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA
Title | Jumlah Kes | Kematian | Pulih |
---|---|---|---|
Kes Baru | 393,631 | 6,015 | 582,401 |
Total | 236,060,214 | 4,821,346 | 211,396,635 |
Sumber dari WHO (World Health Organization)
bottom of page
Comments