top of page

AMK kecam 'DD Chronicle' persenda undang undang Islam



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengecam keras tindakan pempengaruh “DD Chronicle” yang baru baru ini memuatnaik video mempersenda undang undang Islam.


Menurut kenyataan AMK, penghinaan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu membatalkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 sebagai kononnya tiada lagi tindakan akan diambil terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan adalah melampau dan menghina Islam.


"AMK mengecam sekerasnya-kerasnya perbuatan pempengaruh yang dikenali sebagai “DD Chronicle” yang mempersendakan agama Islam dan menghina mahkamah menerusi video “parodi” yang telah disiarkan menerusi akaun beliau di Youtube.


"Ini adalah tindakan yang dibuat secara sengaja dan berniat jahat bagi mengelirukan masyarakat awam dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan berkenaan pembatalan 16 peruntukan kesalahan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019," kata kenyataan AMK.


Sehubungan itu, kenyataan itu menyebut AMK seluruh negara akan membuat laporan polis serentak pada jam 3.00 petang esok.


"AMK berharap agar pihak polis serta pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page