AMK Johor umum jawatankuasa, tekad perkuat gerak kerja
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Dengan semangat perjuangan yang terus menyala dan iltizam yang utuh untuk mengangkat suara masyarakat, khususnya generasi muda ke medan perubahan, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor kini mengumumkan barisan pelantikan Majlis Pimpinan baharu bagi sesi 2025–2028.
Ketuanya, Muhammad Faezuddin Mohd Puad (gambar) menegaskan bahawa pihaknya bertekad mahu menjadi suara lantang dalam memperjuangkan nasib rakyat khususnya golongan muda di negeri itu, sekali gus memastikan mesej perjuangan reformasi diasaskan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkau ke setiap pelusuk Johor.
''Saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua yang dilantik. Kita akan bergerak sebagai satu pasukan yang padu, dengan tekad membawa agenda pembaharuan, keadilan, dan kemakmuran untuk rakyat negeri Johor.
''Mesyuarat (10 Ogos lalu) memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama iaitu pelantikan barisan pimpinan negeri bagi sesi 2025–2028, serta perancangan strategi untuk memperkukuh peranan AMK Johor sebagai jentera anak muda yang progresif, inklusif, dan persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang,'' maklum beliau dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan senarai Majlis Pimpinan AMK Johor yang baharu:
Ketua:
Muhammad Faezuddin Mohd Puad
Timbalan Ketua:
Sharwin A/L Subramani
Naib Ketua:
-Ambok Ahmad Jufri Yusupah
-Tamili A/P Gopalakrishnan
-Woon Wai King
Setiausaha:
Muhammad Nor Aiman Mansor
Bendahari:
Ahmad Ihsan Mohd Arif
Ketua Penerangan:
Hami Astafi Ab Halim
Pengarah Pilihanraya:
Lee En Xiang
Penolong Setiausaha:
Muhammad Fadzli Anuar
Penolong Bendahari:
Navinraj A/L Krishnan
Timbalan Ketua Penerangan:
Kiran Raj A/L Sathivel
Setiausaha Pengelola:
Mohamad Ghazali Mohamed
Penolong Setiausaha Pengelola:
Mohamad Hafiz Mansor
Pengarah Strategi:
Muhammad Faris Akmal Fathun Nizam
Timbalan Pengarah Strategi:
Ahmad Haziq Abdullah
Pengarah Komunikasi:
Ezzaham Aizzil Abu Hanifah
Timbalan Pengarah Komunikasi:
Arawin A/L Mani
Ketua Skuad:
Amirul Hafiz Abd Hamid
Ahli Majlis Pimpinan:
- Omar Mokhtar A Manap
- Suria Vengadesh Kerisnan
- Logesan A/L Ramasamy
- Mohammad Hafizzatul Farhan Mohd Azha
- Raven Roy A/L Francis Sales
- Mohd Farhan Zulkefly Balan
- Muhamad Hami Rifa’ie Ramli
- Muhamad Amirrul Shafiq
- Shahrul Azuan Samat
- Ain Nur Shaddiq Zabidi
- Ang Choon Wei
- Mohamad Anaqi Ahmad
- Jenson Tai Li Sheng
- Syed Fadzil Alhabsi Syed Ismail
- Nurul Wahieda Muhammad Farid Sellekumar
- Danish Hossman Abd Rahman (Lantikan)
- Joseph Ng Jia Chien (Lantikan)
- Muhammad Iddin Juraini (Lantikan)
Comments