top of page

AMK Johor kecewa cubaan rosak reputasi isteri PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 24, 2023
  • 1 min read


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menegaskan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tertentu cuba merosakkan reputasi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Merujuk gambar perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di Amerika Syarikat 21 September lalu yang dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab, AMK Johor menegaskan, ia sengaja disebarkan bagi menanam kebencian terhadap isteri Perdana Menteri itu.


"Perjumpaan tersebut merupakan sebuah tradisi yang diadakan sebagai pentas meraikan semangat demokrasi untuk isteri-isteri pemimpin dari setiap negara untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan terhadap isu-isu semasa.


"Majlis tersebut turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri Turkiye, Emine Erdogan yang dilihat mesra dengan Wan Azizah.


"Bagaimanapun, situasi itu cuba diputar belit kononnya Wan Azizah akrab dengan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Nentanyahu," menurut kenyataan media tersebut.


AMK Johor turut menyifatkan fitnah tidak berasas itu boleh menjejaskan hubungan baik kerajaan Malaysia dan Palestin yang terjalin selama ini.

"AMK Johor juga mengharapkan agar semua pihak menjunjung semangat politik matang dan tidak menggunakan isu sensitif untuk kepentingan politik masing-masing.


"Selain itu AMK Johor juga secara konsisten menyatakan solidariti terhadap saudara di Palestin dan menyokong segala inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page