top of page

AMK Johor beri bantuan persekolahan kepada anak Orang Asal


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor baru-baru ini memberi bantuan alat tulis kepada kanak-kanak Orang Asal.


Menurut Ketua AMK Johor, R. Yuneswaran, pendidikan harus diterima oleh setiap kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira latar belakang sosial.


Katanya, semua anak Malaysia berhak mendapat pendidikan yang bertaraf sama.


"Pendidikan merupakan asas kehidupan bagi memartabatkan jati diri seseorang insan. Pendidikan yang berkualiti dan inklusif dapat merapatkan jurang kemiskinan dan mencipta generasi yang dapat membangunkan negara ke taraf dunia.


"Baru-baru ini, saya melawat masyarakat Orang Asal dan mengedarkan peralatan tulis serta buah kurma bagi memupuk kepentingan pendidikan sejak kecil lagi.


"Pendidikan khususnya peringkat sekolah adalah hak asasi semua anak Malaysia dan tidak harus mempunyai sistem berbelah bahagi mahupun terjejas akibat situasi tertentu," katanya.


Kata Yunes lagi, pendidikan sivik dan pemikiran kritis juga boleh mewujudkan masyarakat yang muhibah dan membuka dimensi baharu kepada peluang-peluang baharu pekerjaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page