top of page

AMK Hulu Selangor kecam keras tindakan melampau Israel

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel yang memintas dan menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa.


Ketuanya, Muhammad Ghafurullah Ismail (gambar) menegaskan tindakan tersebut adalah pencabulan jelas hak asasi manusia serta melanggar undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982, Fourth Geneva Convention 1949 dan prinsip asas International Humanitarian Law (IHL).


"Flotilla tersebut membawa sukarelawan awam dan bantuan kemanusiaan yang sah. Tindakan Israel memintasnya adalah haram, tidak berperikemanusiaan serta sama sekali tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, Ghafurullah yang juga Setiausaha AMK Selangor turut menyatakan sokongan penuh pihaknya terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperjuangkan kebebasan, keadilan dan maruah kemanusiaan.


Justeru AMK Hulu Selangor menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap jenayah Israel, di samping menuntut pembebasan serta-merta tanpa syarat semua sukarelawan yang ditahan.


"Keselamatan para sukarelawan adalah tanggungjawab penuh rejim Israel. Sebarang kegagalan menjamin hak serta keselamatan mereka adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan," tegas Ghafurullah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page