top of page

AMK Gombak bersatu padu, bekerjasama ke arah PRU16 - Haris Harahap

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 minutes ago
  • 1 min read
Haris Harahap (dua dari kanan) dalam Mesyuarat Agung Angkatan Muda KEADILAN  (AMK) Gombak 2026
Haris Harahap (dua dari kanan) dalam Mesyuarat Agung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak 2026

Mesyuarat Agung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak 2026 yang berlangsung di Pejabat Parlimen Gombak baru baru ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kesatuan dan gerak kerja sayap pemuda itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).


Ketua AMK Gombak, Abdul Haris Harahap berkata, pemilihan lokasi mesyuarat di pejabat Parlimen itu bertujuan memperkenalkan fungsi pusat khidmat tersebut kepada golongan muda.

AMK Gombak berpadu menuju Pilihan Raya Umum ke 16
AMK Gombak berpadu menuju Pilihan Raya Umum ke 16

"Tujuan kami memilih Pejabat Parlimen Gombak adalah untuk memperkenalkan kepada anak muda supaya mereka tahu di mana saluran untuk menyalurkan maklumat dan bantuan kepada yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, AMK Gombak perlu terus memperkukuh kerjasama dalaman bagi memastikan kekuatan organisasi kekal utuh menjelang PRU16.


"AMK Gombak perlu bersatu padu dan bekerjasama dengan lebih baik ke arah PRU16. Jika berpecah dan kalah di Gombak, tiada nilainya pejabat ini," ujarnya.


Beliau turut mengingatkan ahli agar mengelakkan budaya perpecahan serta tumpuan perlu diberikan kepada usaha memperkukuh parti selepas pemilihan selesai.


"Buang orang yang selalu mengomel dan memecah belah kan kita. Kita dah menang pemilihan, sekarang masa nya untuk bekerja, bukan hasut menghasut. Saya percaya AMK Gombak akan menjadi lebih kuat jika kita buang sifat seperti ini," katanya.


Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa semangat perjuangan perlu diteruskan walau berdepan cabaran.


"Apa pun yang terjadi, perjuangan harus diteruskan walaupun ombak melanda," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page