top of page

AMK gesa polis siasat individu buat hantaran jelik, fitnah Anwar



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Riduan Fadzli Lubis.


Ketuanya, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi ditemui selepas membuat laporan di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di Kota Baharu pada Rabu.


Menurutnya, individu tersebut meninggalkan komen menghina dan fitnah jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ruangan komen di bawah hantaran yang mengandungi pautan video Anwar menyampaikan khutbah di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), Amerika Syarikat di laman Facebook Astro Awani.


"Pertama kali saya melihat pautan video berserta komen tersebut adalah pada dua hari lepas. Kemudian saya melihatnya kembali secara lebih jelas pada hari ini dan terus membuat laporan polis," katanya dipetik.


Tambahnya, komen tersebut secara jelas boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan menggugat kestabilan dalam negara selain mampu mendatangkan penghinaan serta kebencian bagi membangkit rasa tidak setia kepada kerajaan.


"Kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh mendatangkan kesan kepada generasi akan datang dan menampakkan seolah-olah negara kita tiada undang-undang," tambahnya yang mahu pihak berkuasa segera membuat siasatan terhadap individu berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page