top of page

AMK cadang PH guna logo KEADILAN pada PRU 15


Logo KEADILAN telah membuktikan kesaktiannya apabila berjaya membenam BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir mencadangkan agar logo tersebut digunakan sekali lagi sebagai logo di kertas undi bagi calon-calon Pakatan Harapan pada PRU 15.


"Bagi mengembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, AMK Malaysia ingin mengusulkan agar bendera KEADILAN menjadi logo mewakili Pakatan Harapan mendepani PRU yang akan datang," kata Akmal dalam sesi Ucapan Dasar Kongres AMK pagi tadi.


Bagi pemilihan calon-calon mewakili KEADILAN pula, Akmal berpendapat parti perlu lebih berhati-hati kali ini dalam memilih calon yang bersesuaian agar tragedi pengkhianatan tidak berulang.


"Bagi meneruskan kelangsungan perjuangan, anak-anak muda yang berpotensi perlu segera dikedepankan terutama dalam PRU-15


"Ini perlu diambil serius oleh kepimpinan parti terutama sekali untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang dikhianati dan menawan kerusi yang belum dimenangi.


"Pemilihan calon perlulah lebih ketat, individu yang diragui kesetiaan kepada perjuangan reformasi perlulah ditolak, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya.


Selain itu, Akmal juga mengarahkan agar AMK bergabung bersama rakyat melakukan apa sahaja program bagi meringankan beban kehidupan mereka.


Beliau memuji beberapa gerak kerja AMK yang berjaya. Misalnya di utara tanah air, Saudara Firdaus selaku Ketua AMK Kedah bersama anggota AMK menggerakkan 'Kempen Bantu Penoreh Getah Di Kedah' diikuti Jelajah AMK Negeri bagi membantu penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga tahun lalu, serta menyantuni keluarga-keluarga yang memerlukan.


Begitu juga, katanya Saudara Mustaqim, AMK Pahang yang segera menggerakkan usaha membantu mangsa banjir awal tahun ini; serta pelbagai inisiatif lain yang diusahakan oleh AMK-AMK Negeri dan Cabang yang bekerja membantu rakyat.


"Di Johor Bahru sendiri, KEADILAN Johor Bahru telah menggerakkan inisiatif #FoodbankJB bagi membantu mereka yang memerlukan serta menyelamatkan lebihan makanan yang masih elok.


"Sehingga hari ini, kami sentiasa menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dan juga kongsikan dengan AMK-AMK berdekatan seperti Sembrong, Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Tenggara. Insyallah inisiatif #FoodbankJB akan diperluaskan dengan usahasama AMK-AMK negeri lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page