top of page

AMK Cabang Selayang masih sah, pertemuan dengan AMK Pusat akan diatur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 1 min read

Kemelut sebahagian ahli Jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Selayang yang meletak jawatan baru baru ini akan diselesaikan secara harmoni.


Menurut Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Omar Mokhtar A Manap (gambar), Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (MPAMK) telah mengambil maklum berkenaan peletakan jawatan beramai ramai berkenaan sebagaimana dilaporkan oleh beberapa portal media sebelum ini.


"MPAMK yang telah mengadakan mesyuarat kali pertama penggal ini pada 19 Jun 2025 telah melakukan semakan serta meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan dan mendapati terdapat percanggahan antara surat-surat (peletakan jawatan) yang telah dihantar.


"Sehubungan itu, untuk bersikap adil kepada semua dan bertindak di atas kerangka Peraturan Angkatan Muda KEADILAN, MPAMK telah membuat ketetapan agar satu pertemuan khas bersama semua ahli Jawatankuasa AMK Cabang Selayang akan diadakan dalam minggu ini bagi mencari titik temu terhadap isu yang dibangkitkan," katanya dalam kenyataan.


Mengenai status AMK Cabang Selayang yang didakwa bermasalah kerana melebihi dua pertiga daripada keseluruhan AJK meletak jawatan dan seharusnya AMK cabang itu digantung atau dibubar, Omar berkata, status AMK Selayang masih sah dan boleh berjalan seperti biasa.


"MPAMK juga ingin menekankan bahawa AMK Cabang Selayang masih berstatus sah, berjalan seperti biasa dan selari dengan kehendak Peraturan Angkatan Muda KEADILAN," katanya.


Malaysiakini sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua AMK Selayang, Muhammad Amir Sahmat, Naib Ketua, Lee Fook Onn serta 12 daripada 14 ahli jawatankuasa telah meletakkan jawatan


Amir berkata, pada awalnya kesemua 17 AJK menghantar surat letak jawatan tetapi tiga orang menarik balik susulan permintaan kepimpinan pusat.


Peletakan jawatan itu dimaklumkan kepada Setiausaha AMK, Omar Mokhtar dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh melalui surat pada 7 Mei, 4 Jun dan 18 Jun.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page