top of page

AMK bahas isu pentadbiran kerajaan di samping politik



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan berbahas isu pentadbiran kerajaan di samping isu isu politik.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua AMK Malaysia, Adam Adli Abdul Halim dalam sidang media usai perasmian Kongres Tahunan AMK dan Wanita KEADILAN pagi ini.


Menurut Adam, sesuai peranan AMK dalam kerajaan, maka isu isu pentadbiran akan turut disentuh berbanding hanya isu politik pada Kongres Tahunan AMK sebelum ini.


"Kita menjangkakan dalam perbahasan yang akan dibawa oleh perwakilan, tentu sekali banyak berkisar bukan sahaja soal dalaman atau organisasi sebaliknya sesuai dengan peranan sayap pemuda sebuah parti yang menerajui kerajaan, perlu dibincangkan, dizahirkan perkara yang terkait dengan dasar.


"Saya rasa ini peluang baik untuk pemerhati politik di luar sana melihat bagaimana KEADILAN mengangkat nilai nilai yang akhirnya menjadi polisi negara.


"Jadi untuk melihat hala tuju negara harus diteliti setiap perbahasan baik AMK, Wanita dan yang akan datang ini (Kongres Tahunan KEADILAN) di peringkat nasional," katanya.


Menurut Adam lagi, perbahasan isu petadbiran negara juga boleh digunakan untuk mencari idea baharu atau jalan penyelesaian kepada beberapa hal yang melanda negara ketika ini


"Kita berhadapan dalam susana yang berbeza. Kita sudah maklumkan agar tidak terlalu banyak isu isu politik, sebaliknya menumpukan corong ke arah bagaimana kita tambah baik kepada kerajaan, soal cabaran dihadapi sebagai parti pemerintah.


"Kita akui ada perkara sebelum ini tidak dilihat sebagai cabaran kini menjadi cabaran sebagai kerajaan. Kita tidak boleh letak diri dalam kedudukan bertahan, dan kita cari strategi lebih baik melalui ruang perbahasan," katanya lagi.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page